KEPENTINGAN VITAMIN C SHAKLEE
Assalamualaikum hampa, untuk entry kali ini fizah nak sharekan tentang kepentingan Vitamin C.
Kalau sebut Vitamin C ni mesti kita terbayang buat oren kan. Rasa masam manis tu sangatlah sedap.
Tapi Vitamin C dari Shaklee ni unik sikit sebab diperbuat berasaskan jagung. Jadi ianya lembut untuk perut hampa.
Ada kan sesetengah orang tak boleh makan oren atau benda masam-masam ni.
Tapi kan, tahukah hampa bahawa manusia tak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C dalam badan kita.
2Jadi seharusnya kita mengambil Vitamin C setiap hari untuk keperluan tubuh badan kita.
TANDA-TANDA KEKURANGAN VITAMIN C
Apa yang akan terjadi sudahlah badan kita tak menghasilkan Vitamin C sendiri dan kita jugak tidak mengambil Vitamin C di dalam diet seharian?
Jom tengok 5 tanda-tanda yang badan kita hasilkan dek kerana tak cukup pengambilan Vitamin C setiap hari.
1. KULIT CEPAT KERING
Vitamin C mengandungi antioksidan jadi ianya membantu melindung kulit dari terdedah kepada radikal bebas yang merosakkan minyak, protein dan juga DNA.
Vitamin C jugak membantu memperbaiki kulit selepas 'sunburn' dengan cara meminimumkan kemerah-merah di kulit dan juga keradangan melalui pertumbuhan sel-sel yang sihat.
2. SISTEM IMUN RENDAH
Seiring peningkatan usia, antibodi seseorang akan makin menurun dan ini akan membuatkan mereka yang lebih berusia akan lebih terdedah kepada risiko jangkitan.
Sistem imun sangat penting bagi memerangi serangan patogen dari luar tubuh badan kita.
Bagi sesetengah orang yang kerap kali terkena pelbagai jenis jangkitan seperti batuk, demam dan selsema yang selalu dihidapi semua rakyat Malaysia.
Cuba tambahkan vitamin C di dalam diet harian anda. Boleh jadi badan anda kekurangan Vitamin C dan menyebabkan sistem imun anda kerap diceroboh oleh virus-virus.
Tak perlu tunggu warga emas, mereka yang muda pon boleh kerap terkena jangkitan di atas ni kalau selalu mengabaikan kesihatan badan dan tidak mengambil nutrien yang secukupnya.
3. LUKA LAMBAT SEMBUH
Fungsi kolegen boleh jadi sangat lemah apabila badan kurang Vitamin C.
Kulit badan kita perlukan kolegen yang tinggi, bukan setakat untuk kulit tegang dan anjal sahaja malah ianya juga membantu proses membaikpulih tisu kulit yang rosak akibat luka atau cedera tak kisahlah sama ada berpunca dari dalaman badan mahupon luaran.
Luka kecil pada kulit biasanya akan sembuh dengan sendirinya seawal 3 sehingga ke7 hari.
Kalau kulit hampa lambat nak baik dari luka, itu bermaksud badan hampa mungkin kekurangan Vitamin C.
4. MUDAH LETIH
Badan mudah letih dan mengalami 'mood swing' ialah perkara biasa. Normal kalau kandungan gula di dalam badan adalah tinggi, tidak sihat serta kurang rehat.
Tapi kalau badan hampa tidak mempunyai masalah di atas, adalah tidak normal dan ini boleh disebabkan oleh kurangnya Vitamin C di dalam badan hampa.
5. PENDARAHAN DAN LEBAM
Anda mungkin berisiko mengalami pendarahan gusi, hidung dan lebam, ini adalah kerana vitamin C dapat membantu menjaga saluran darah bagi mengekalkan kesihatan badan dan juga membantu proses pembekuan darah
Saluran darah yang lemah adalah disebabkan tahap kolegen yang rendah di dalam badan
SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C
~ Mereka yang selalu jatuh sakit dan selsema.
~ Ibu yang sedang hamil serta Ibu yang sedang berpantang.
~ Ibu yang sedang menyusu.
~ Mereka yang merokok dan bergaul dengan perokok.
~ Mereka yang selalu mengalami kekejangan waktu pagi.
~ Mereka yang mengalami luka dan kecederaan.
~ Mereka yang selalu stress dan moody.
~ Mereka yang mempunyai kulit yang kusam dan jerawat.
~ Mereka yang ada masalah gusi berdarah.
APAKAH VITAMIN C ?
~ Antioksidan
~ Asid askorbik
~ Vitamin larut air
~ Tidak disimpan di dalam jumlah yang besar
~ Keperluan Vitamin C bagi orang dewasa adalah sebanyak 70mg sehari
~ Tidak disarankan untuk mengambil 2000mg untuk jangka masa yang panjang
TIPS UNTUK PILIH VITAMIN C
Pilih vitamin yang mengandungi bioflavonoids
Pilih vitamin C yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan tanpa pewarna ataupon pemanis tiruan
Pilih vitamin C yang murah, tahan lebih lama dan mempunyai kesan lebih padu
Pilih vitamin C yang mempunyai sistem pelepasan secara berperingkat
7 SEBAB KENAPA HAMPA KENA PILIH VITAMIN C DARI SHAKLEE
1. Ianya diperkaya dengan 120mg bioflavonoids sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya
2. Nutrisi 1 tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7.5 biji buah oren atau 6 cawan sayur brokoli ataupon 116 biji lobak merah.
3. Menggunakan teknologi 'Sustained Released' yang melepaskan sebanyak 100mg sahaja Vitamin C setiap jam. Badan kita hanya mampu menyerap sebanyak 100 ke 200mg sahaja dalam satu masa. Jangan ambil vitamin yang tiada teknologi ini kerana ianya satu pembaziran.
4. Dihasilkan dari ekstrak jagung yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah perut sensitif
5. Dihasilkan pada tahun 1981 dengan teknologi 'Sustained Released' yang pertama di dunia oleh Dr Forrest C Shaklee
6. Diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk diambil dalam jangka masa panjang dan sudah terbukti melalui kajian saintifik
7. 1 tablet mengandungi 500mg vitamin C
Comments
Post a Comment