5 TIPS GAYA HIDUP SIHAT

5 TIPS GAYA HIDUP SIHAT

Peringat buat kita semua, hidup ini adalah satu anugerah dari Allah S.W.T. Tak kira apa pon yang kita sedang hadapi sama ada baik atau sebaliknya, haruslah kita ingatinya bahawa hidup itu adalah anugerah. 

Tak lari mukmin di dunia ni dengan dugaan dan ujian. Dan seharusnya kita jalani kehidupan di dunia dengan penuh kesyukuran ke atas yang maha Esa. 

Badan yang sihat juga amanah buat kita. Hendaklah di jaga dengan sebaiknya. 

Jom fizah nak share 7 tips gaya hidup sihat yang boleh hampa ikuti☺️


1. MINUM AIR SECUKUPNYA

Pertama kita mulakan dengan minum air yang secukupnya. Kalau hampa nak tau, air ni adalah bahan ke dua terpenting selepas oksigen. 

Manfaat yang  tubuh badan kita dapat selepas pengambilan air yang mencukupi adalah seperti berikut.

• Memperbaiki sistem pencernaan

• Kulit lebih sihat

• Meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan

• Membekalkan tenaga sepanjang hari.

• Berat badan mudah turun.

Bagi mereka yang dah terbiasa dengan air manis macam fizah ni, mesti rasa susahnya nak minum walaupon 8 gelas sehari tu rasa sikit sangat dan kita mampu lakukan. 

Memang shulit tapi tak mustahil nah hampa. Boleh try dengan cara fizah dekat bawah ni.

1. BOTOL.



Isi air setiap malam sebelum tidur dalam botol besar. Bila dah sukat siap-siap kita lebih tahu yang kita dah cukup minum air masak atau belum.

2. TETAPKAN WAKTU.


Biasakan diri setiap 2 jam sekali minum air. Kalau rasa susah sangat boleh buat alarm. Ataupon boleh beli botol macam dekat bawah atas. Siap dah tulis pukul berapa kita perlu minum.

3. LETAK BERHAMPIRAN.


Pastikan botol air diletakkan berhampiran dengan kita. Mudah diambil bila-bila masa sahaja kita mahu.

Dengan cara ni kita akan lebih kerap minum air masak.

Permulaan mungkin kita akan kerap ke toilet. Tapi jangan risau, normal sahaja. Teruskan minum air masak. 

Lama kelamaan perut kita akan terbiasa dengan pengambilan air yang baru dan kita akan berkurangan keluar masuk ke toilet.

Kekal terhidrasi dengan air performance drink dari Shaklee. Bantu cukupkan benda alir dalam badan.

Untuk info lanjut boleh klik link di bawah ni๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡



2. DIET YANG SIHAT

Makan makanan yang seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan.

Bertujuan untuk memperbaiki atau mengekalkan kesihatan yang sedia ada.

Makanan yang seimbang perlu mengandungi Nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul serta perlu diambil bagi memenuhi diet seimbang

Hati-hati kerana kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Makanlah makanan yang mencukupi dan bukan berlebihan merupakan cara yang terbaik. Sunnah Rasullullah S.A.W. iaitu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang wajib diikuti.


Makanlah makanan seperti piramid makanan di atas. Banyakkanlah makanan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kurangkan makan makanan yang di proses serta makanan dan minuman yang tinggi lemak dan gula.


Seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalkan pinggan sihat seperti di atas setiap kali kita mengambil makanan berat.

Sebelum ini kita asyik diwar-warkan tentang piramid makanan sihat, namun agak payah bagi kita mengikutinya 

Sekarang KKM mengadakan pinggan sihat Malaysia ni jadi lebih mudah dan senang dipraktikkan bagi kita. Betul tak?

Bahagikan pinggan ada seperti :
• ¼ pinggan bijirin atau produk bijirin. 
• ¼ pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur.
• ½ pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran

Sebenarnya ada aja makanan tambahan dari Shaklee untuk diet yang sihat.

Nak jugak set ni boleh pm fizah di link Whatapps di bawah๐Ÿ‘‡

Boleh jugak baca lanjut tentang set ni di entry fizah sebelum ni๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Nak baca set Hello New You

3. MEROKOK

Semua sedia maklum bahawa merokok itu bukan sahaja menjejaskan kesihatan kita bahkan mereka di sekeliling kita yang menghidu asap rokok turut terdedah kepada bahaya. 

bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok boleh mendatangkan kesan buruk buat kesihatan tubuh badan kita

Terdapat dua kesan iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang.


Antara kesan-kesan jangka pendek ialah:

 • Mengurangkan fungsi otak 

-Pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok 

• Mengganggu daya pendengaran dan penglihatan 

- mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. 

• Mempunyai nafas yang berbau

• Mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.  

• Kesukaran untuk bernafas 

• Mudah merasa letih terutamanya apabila bersukan.


Antara kesan-kesan jangka panjang pulak ialah:

• Mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh badan. 

• Penyakit jantung saw

• Menyebabkan barah 

Barah paru-paru, barah mulut, barah usus, barah tekak dan barah payudara. 

• Menghidap penyakit strok.

- Penghisap rokok tegar.

• Penyakit mulut dan gusi, 

• Osteoporosis,

• Mandul 

• Penyakit paru-paru 

- seperti asthma dan bronkitis (jangkitan pada paru-paru


Dah try macam-macam cara untuk berhenti merokok tapi tak berhasil. Boleh cuba Vivix

Nak dapatkan vivix boleh klik link Whatapps di bawah๐Ÿ‘‡
Nak Vivix


4. BERSENAM

Senaman ialah suatu aktiviti berbentuk fizikal. Yang mana kita lakukan melebihi daripada aktiviti harian.

Bagi mendapatkan manfaat kesihatan yang baik sama ada dari segi fizikal dan juga mental yang baik.

Jom jadikan senaman itu satu tabiat. Dan kita boleh memilih aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama seisi keluarga.

Pilihlah sama ada nak berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin larian treadmill dan banyak lagi yang penting kita seronok Melakukannya. 

Barulah kita tak rasa terbeban. Badan sihat otak cergas


Ikuti tips di bawah ni untuk mengelakkan kecederaan ketika kita bersenam.

1. Pilih baju dan seluar yang longgar serta flexible mengikut kesesuaian jenis senaman.

2. Pilih kasut yang sesuai mengikut jenis senaman dan elakkan dari memakai kasut yang rosak.

3. Pilih jenis senaman yang bersesuaian mengikut jenis umur.

4. Ketahuan tahap kekuatan otot dan memilih senaman berdasarkan kemampuan diri kita sendiri.

5. Lakukan senaman regangan sebelum dan selepas bersenam


KEBAIKAN SENAMAN

• Mempertingkatkan keyakinan diri dan mengurangkan keresahan

• Meningkatkan kecergasan fizik

• Meningkatkan ketumpatan tulang

• Meningkatkan fungsi kognitif

• Memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan ketangkasan

• Meningkatkan kualiti tidur

• Mengekalkan berat badan ideal

• Mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan diabetes


Ambil masa 10 ke 30 minit sehari untuk Melakukan senaman.Tak kesah sama ada waktu pagi ataupon petang.

Terdapat pelbagai jenis senaman yang dapat kita lakukan. Di dalam rumah pon boleh sambil-sambil anak tidur.

insyaAllah dengan bersenam secara konsisten ianya dapat meningkatkan kecerdasan kebijaksanaan dan juga kesihatan yang baik buat kita.

Nak tambah tenaga? Meh dapatkan multivitamin dari Shaklee


Klik link Whatapps di bawah ni untuk dapatkan info tentang Vita lea ataupon Vita Lize sekarang ni
Nak Vita Lize multivitamin

Info lebih tentang Vita Lize di entry fizah yang sebelum ni boleh baca di link bawah ni๐Ÿ‘‡

Nak baca Vita Lize


5. TIDUR BERKUALITI

Tidak dapat tidur yang berkualiti dan mencukupi boleh membuatkan badan kita keletihan. 

Tidur yang mencukupi juga memberikan badan kita tenaga dan masa untuk pulih daripada ketegangan selepas mengharungi hari yang memenatkan dan juga dapat membantu kita untuk kekal fokus dan cergas sepanjang hari.


10 tanda badan kita tidak cukup tidur:

1. Kerap rasa lapar

2. Emosi tidak stabil (mudah marah, terasa hati)

3. Mudah sakit

4. Kulit berjerawat

5. Banyak bergantung kepada kafien

6. Rasa tertekan

7. Sukar untuk fokus

8. Setiap kali selepas bangun mesti terasa letih dan penat

9. Berat badan bertambah

10. Mata bengkak, lebam, merah dan mempunyai kantung mata


Keperluan tidur seharian mengikut usia:

Umur 0-1 bulan
Bayi yang berusia 2 bulan kebiasaannya memerlukan tidur sebanyak 14 sehingga 18 jam setiap hari

Umur 1-18 bulan
Waktu tidur mereka termasuk tidur siang ialah sebanyak 12-14 jam sehari.

Umur 3-6 tahun
Bagi mereka yang sudah kian besar sedikit dan dah masuk ke alam persekolahan, waktu tidur mereka adalah diantara 11-13 jam setiap hari

Umur 6-12 tahun
Kanak-kanak diusia begi hanya memerlukan tidur sebanyak 10 jam sehari. Bagi anak-anak yang kurang tidur kebiasaannya mereka akan kurang fokus semasa belajar.

Usia 12-18 tahun
Menjelang remaja, keperluan waktu tidur mereka adalah 8-9 jam sehari

Usia 18-40 tahun
Bagi orang dewasa pula mereka hanya memerlukan waktu tidur selama 7-8 jam sehari

Warga Emas
Keperluan tidur kita semakin lama, semakin berkurangan. Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, keperluan tidur mereka hanyalah 6 jam setiap hari.


Tidur yang tidak sihat terbahagi kepada 3 iaitu:

1. Tidur KURANG 6 jam akan meningkatkan risiko serangan sakit jantung sebanyak 20%.

2. Tidur LEBIH 9 jam pulak akan membuatkan kita mendapat serangan jantung lebih tinggi iaitu sebanyak 34%.

3. Tidur yang CUKUP pulak adalah diantara 6 sehingga 9 jam dan ianya dapat Mengurangkan peratusan serangan sakit jantung sebanyak 18%.


Last sekali jom nak share tentang macam mana cara kita nak dapatkan tidur secar berkualiti.

1. Elak makan lewat malam

2. Elakkan minum kopi, rokok serta alkohol

3. Tutup lampu

4. Suhu bilik yang selesa

5. Tetapkan masa tidur dan bangun pada waktu yang sama

6.  Berhenti main gajet minimum 30 minit sebelum tidur

7. Aktif pada waktu siang hari


Jom amalkan cara hidup yang sihat demi kesihatan kita yang lebih baik di masa hadapan. 

Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Mula sikit-sikit untuk kesihatan yang lebih baik. 

Jangan tak tahu, Shaklee pon ada suplement untuk tidur lebih lena dengan Ostenutrix


Jom dapatkan bukan sekadar kalsium di dalam sebotol Ostenutrix ni. Klik link di bawah untuk info lanjut๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Nak ostenutrix



#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023


.

Comments

Popular Posts