KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

  


Anak adalah penyeri bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Setiap mereka yang berkahwin mesti mengidamkan keluarga bahagia di samping pasangan serta anak-anak yang cerdik serta comel.

Untuk entry kali ini fizah nak kupaskan sedikit isu tentang KEPERLUAN BAGI WANITA YANG MENGANDUNG.

Nak anak kan. Sebelum keluarnya anak yang comel-comel tu wajiblah mengandung dulu ye dak hehe🤭

Jom kita masuk ke topik kita yang sebenar iaitu keperluan wanita hamil.


PEMAKANAN YANG SIHAT.

Amalan pemakanan yang sihat wajiblah diterapkan bukan sahaja ketika hamil bahkan sebelum hamil lagi supaya kita dapat membekalkan simpanan nutrisi yang berkhasiat bagi keperluan pembentukkan janin semasa awal kehamilan lagi.

Ianya juga dapat mengurangkan risiko kesihatan yang tidak baik semasa kehamilan dan juga bagi melahirkan bayi yang sihat.

Semasa di awal kehamilan, adalah perkara biasa jikalau kita kehilangan berat badan ataupon berat badan naik tidak sempurna.

Ini adalah kerana bagi sesetengah wanita hamil, mereka mempunyai masalah alahan. Ada yang mempunyai alahan yang teruk sehingga tidak boleh makan atau minum setitik air sekalipun. 

Tapi ada jugak yang tidak tergangu dan tidak mempunyai sebarang masalah alahan. 

Secara fisiologinya, semua wanita mengandung perlu mengalami berat badan yang sihat bagi kenmenampung keperluan tenaga dan nutrien untuk perkembangan janin serta persediaan penyusu an susu ibu selepas bersalin.

Sepanjang trimester pertama iaitu di minggu pertama sehingga ke minggu ke 12 kehamilan berat badan yang normal adalah sebanyak 0.5kg sehingga ke 2.0kg

Manakala bagi trimester ke 2 dan ke 3 ibu hamil akan naik berat badan sebanyak 0.4 kg setiap minggu. 

Purata keseluruhan  adalah diantara 11.5kg sehingga ke 16.0kg bagi berat badan kereka yang mempunyai bmi normal.

Nampak leceh untuk ke klinik setiap bulan dan bertukar menjadi setiap minggu jikalau mempunyai masalah ataupon di hujung kehamilan tapi setiap lawatan ke klinik mempunyai berbagai tujuan pemeriksaan kesihatan buat bayi dan jugak ibu. 

Sabar yang buat ibu-ibu semua. InsyaAllah ganjaran besar Allah nak bagi buat kita semua😉



Amalkan konsep pinggan sihat iaitu suku, suku dan separuh untuk waktu makan utama ibu.

Boleh ditambahkan snek berkhasiat dan bernutrien tinggi seperti tauhu sumbat, kekacang lembut yang telah direbut ataupon boleh juga sandwich telur serta dimasukkan sayur sayuran kegemaran ibu



Kurangkan pengambilan makanan mahupun minuman yang tinggi gula, makanan segera ataupon minuman yang tinggi dengan kafien.

Kalau boleh tinggal, lebih baik tinggal terus. Untuk kesihatan ibu dan bayi di dalam perut ibu jugak. 

Nak bayi yang cerdik akal dan tajam mindanya, semunya bermula dari dalam perut ibu jugak. Tapi jangan risau. Kalau tak mampu tinggal terus. Ambiklah sikit-sikit. 

KEBAIKAN SENAMAN

Mengekalkan postur badan yang baik.

Dapat mengekalkan tubuh badan yang cantik menarik 


Melegakan keletihan badan ibu.

Aliran darah menjadi lebih lancar kerana banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan Ketika tubuh bergerak aktif

Ini akan membuatkan ibu berasa lebib segar dan lebih bertenaga.

Mengurangkan risiko mendapat Gestational Diabetes Mellitus (GDM) dan darah tinggi

Terdapat banyak kajian membuktikan bahawa senaman yang dilakukan secara teratur dapat 
 membantu bagi wanita hamil untuk mengelak daripada masalah kencing manis serta  mengurangkan tekanan.

Memudahkan proses bersalin.

Bagi membantu menolak bayi dari rahim, persediaan awal seperti bersenam ini akan membuatkan otot-otot kita lebih bersedia.

Dan ianya akan lebih merangsang setiap sel, tisu serta organ di dalam badan ibu untuk bertindak mengikut rangsangan oleh persekitan

Badan yang terbiasa sakit ketika melakukan senanam ini akan mengurangkan tindak balas kimia di dalam badan secara semulajadi dan ini akan membuatkan badan ibu lebih tumpu terhadap proses pemulihan badan

Mengurangkan kesakitan semasa bersalin

Proses bersalin memang pasti akan menyakitka  buat semua ibu-ibu. Tapi terdapat cara bagi menangani masalah tersebut.

Tahap ketenangan akan meningkat dan menggalakkan pengeluaran hormon semulajadi yang akan bertindak sebagai ejen penahan sakit yang lebih efektif bagi ibu hamil yang bersenam.


Mengatasi simptom seperti sembelit dan sakit belakang.

Peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot di seluruh badan, termasuk saluran pencernaan membuatkan ibu hamil mempunyai masalah sembelit.

Dengan melakukan senaman, otot kita akan berkerja justeru itu akan membuatkan ibu tidak mempunyai masalah sembelit lagi.


Bagi mereka yang selalu aktif dalam kehidupan seharian walaupon sebelum hamil bolehlah melakukan aktiviti yang lebih darilada mereka yang kurang aktif. 

Dapatkan juga penerangan dari mereka yang bertauliah sebelum membuat sebarang aktiviti senaman. 

Ini bagi mengelakkan risiko terjadi perkara yang tidak diingini terhadap bayi kita. 

Tak semua senaman sesuai buat ibu hamil. Jadi kaji selediklah terlebih dahulu sebelum pilih aktiviti senaman yang sesuai buat ibu-ibu ya.



VITAMIN WAJIB

Perlu ke Vitamin ni?

Baik, bagi fizah yang rasa tak cukup nutrisi yang badan fizah perlukan setiap hari, memang rasa ianya sangat-sangat diperlukan oleh tubuh badan wanita hamil ni. 

Ianya juga amatlah digalakkan bagi mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan juga kekurangan berat badan buat si manja anda.

Kalau hampa pi dekat klinik kesihatan pon, memang mereka akan bekalkan vitamin untuk hampa setiap bulan. 

Tapi bagi hampa yang tak suka ambik ubat atau suplement macam fizah sebelum ni. Boleh try cari makanan tambahan yang ada di luar sana.

Terdapat pelbagai vitamin yang satu biji sahaja cukup untuk semua yang badan kita perlukan. 

Dan rasanya pon tidaklah berbau sangat. Bolehlah telan sambil pejam mata tu🤭🤭

Itu saya yang dahulu. Tapi sekarang dah boleh telan suplement ni semua. 

Vitamin Semasa hamil

Mengandungi pelbagai jenis mineral dan nutrisimikro penting seperti kalsium, asid folik, zat besi, vitamin A, vitamin C dan sebagainya.

Mengurangkan insiden kelahiran pramatang dan kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.

Merendahkan risiko preeklamsia.


Asid Folid

Sebaik-baiknya diambil sebulan sebelum inu berusaha untuk hamil.

Ibu hamil jugak digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi folat seperti kekacang dan juga sayur-sayuran hijau.

Asid folid diambil Sekurang-kurangnya 400mcg setiap hari.

Asid folid juga penting bagi proses penghasilan DNA, sel darah merah dan juga bagi mengalakkan tumbesaran janin

Kecacatan tiub saraf  seperti tumbesaran otak dan juga saraf tunjang dapat dikurangkan dengan pengambilan asid folid setiap hari


Kalsium

Ibu memerlukan 100mg kalsium setiap hari. Bersamaan 4 gelas susu.

Bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu, kalsium ini dapat membantu. 

Selain itu kalsium juga diperlukan bagi  pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutama sekali ketika perut ibu sudah masuk ke trimester ketiga.

Berlakunya kekejang otot serta kerosakan gigi  juga boleh berlakiu akibat kurangnya pengambilan kalsium oleh ibu hamil setiap hari
 
Kurangnya kalsium yang sangat serius boleh mengakibatkan ibu hamil terhadap risiko pre-eklampsia dimana ianya boleh membawa maut kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.


Asid lemak / Omega 3

Asid Lemak Perlu juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. 

Ikan merupakan sumber utama DHA dan EPA akan tetapi para ibu perlu berhati-hati supaya tidak terlalu banyak memakan ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.

Ikan yang besar kebiasaannya mengandungi merkuri yang tinggi. 


Zat Besi

Dalam trimester ke 2 isipadu ibu akan meningkat sebanyak 50%. Dan ibu memerlukan 27 mg zat besi ianya bersamaan 6 mangkuk kacang merah.

Risiko kelahiran bayi pramatang juga dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi.

Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan.


Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk penyerapan Zat Besi dan si ibu memerlukan Sekurang-kurangnya 100mg Vitamin C setiap hari. 

Vitamin C juga baik untuk sistem imun serta membina tisu dan kolegen buat si ibu.

Bayangkan berapa banyak yang perlu ibu ambik untuk keperluan nutrisi setiap hari. 

Kalau si ibu jenis yang memang senang makan je semua ni tak apalah kan. Tapi kalau yang jenis alah je sepanjang kehamilan macam mana kan. 

Mesti risau dengan badan sendiri dan jugak bayi dalam kandungan. 

Tak perlu risau lagi sebab SHAKLEE mempunya semua jawapan di atas. 

Shaklee jugak mengeluarkan set bagi ibu hamil, bukan tu sahaja. Ianya jugak boleh diambil dari awal kehamilan sehinggalah selepas bersalin. 

Exclusive to Shaklee - embun formulated by TANAMERA

Berita baik buat ibu-ibu di luar sana yang tengah mengandung, istimewa sungguh buat hampa.

Sebab Shaklee berkolaberasi dengan TANAMERA untuk menghasilakan Embun

Exclusive sangat sebab tak dapat di temlat lain hanya di Shaklee dan di dalam Set MAMA ni.

Apa aja yang ada di dalam Set MAMA ni? Jom tengok dekat bawah. 


B Complex plus with asid folid

Kurangkan risiko kecacatan kelahiran .

Vita Lize

Multivitamin pelengkap segala kekurangan nutrisi yang badan perlukan.

Esp

Minuman protien untuk perkembangan dan tumbesaran bayi di dalam perut.

Ostenutrix

Sumber kalsium untuk tulang yang sihat kuat.

Smooth tummy oil

Kurangkan stretch marks

Relaxing megnesium gel

Elakkan dari otot-otot menegang dan tertekan.



Sedikit sebanyak pengenalan fizah terhadap set MAMA ni. 

Kalau hampa nak tau lebih lanjut tentang Set MAMA ni kan. Stay tuned dengan entry fizah yang seterusnya.

Akan fizah kupaskan satu persatu kebaikan serta manfaat setiap produk yang terdapat di dalam Set MAMA ni. 

Tunggu okey. 

Untuk hampa yang tak sabar nak tau. Boleh klik link Whatapps fizah dekat bawah ni 
👇👇👇



Dan bagi hampa yang bakal-bakal ibu ni kalau nak baca lebih lagi, boleh klik link 👉Baca lagi untuk entry kawan fizah tentang apa lagi yang wanita mengandung ni perlu.

Sekian assalamualaikum dari fizah, jumpa lagi☺️

#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
















Comments

Popular Posts