PETUA HILANGKAN JERAGAT
APA ITU JERAGAT
Jeragat berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari tanpa perlindungan.
Jeragat berbentuk seperti bintik-bintik coklat di sekitar kawasan kulit.
kebiasaannya jeragat kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit kita yang asal. Kesannya akan mengakibatkan tona kulit anda menjadi tidak sekata.
Ianya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan dan bukanlah sesuatu yang berbahaya.
Dan jeragat tidak semestinya muncul pada bahagian kulit muka sahaja kerana ia boleh juga berlaku pada mana-mana bahagian kulit kita yang terdedah kepada cahaya matahari.
Individu yang lebih berisiko untuk mengalami jeragat jenis ini adalah mereka berusia diantara 20 sehingga ke 40 tahun.
Walaupon ianya tidak berbahaya tapi mesti agak sukar bagi mereka yang mempunyai masalah tersebut
Kenali dahulu punca jeragat terlebih dahulu sebelum hampa cuba untuk menghilangkan jeragat tersebut.
Bila dah tahu punca masalah kita, senanglah kita mencari solusi bagi masalah jeragat ni.
Bukan untuk menakut-nakutkan hampa tapi kalau boleh pastikan dahulu yang jeragat yang dialami hampa tu adalah jeragat dan bukannya kanser.
Bila kita cakna dengan kesihatan kulit kita. Kita dapat atasi daripada ianya terus merebak jikalau ianya adalah kanser.
TANDA-TANDA JERAGAT
Jom tengok antara tanda-tanda bahawa jeragat mahupun tahi lalat di kulit kita adalah sejenis kanser dekat bawah 👇
1. Warna berubah :
Warna jeragat ataupon tahi lalat adalah tidak sama dengan warna kulit yang sihat. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh proses patologi kanser
2. Bentuk Asimetri :
Tahi lalat yang bersifat kanser kebanyakanya adalah tidak simetri.alam erti kata lainnya, saiz mahupun rupa bagi kedua-dua belah tahi lalat jika dibahagikan kepada dua adalah tidak serupa
3. Ukuran Diameter:
Tahi lalat atau jeragat berkemungkinan kanser apabila ianya berukuran 6 mm atau lebih
4. Sempadan :
Sempadan yang rata merupakan jeragat atau tahi lalat yang sihat tetapi sebaliknya bagi kanser, kita boleh rasa yang ianya terasa kasar oleh kerana semladannya naik. Ini akan mengakibatkan permukaannya menjadi tidak rata.
PILIH MAKANAN SIHAT
Pengambilan makan makanan yang berkhasiat setiap hari juga perlulah diamalkan bagi menghindari dari masalah jeragat semakin banyak.
Kurangkan Pengambilan makanan berminyak kerana ianya menjadi punca utama bagi jerawat dan jeragat ini terhasil
Terdapat pelbagai cara masakan yang sihat boleh kita lakukan di rumah seperti :
• Kukus
- Meminimakan kehilangan nutrien semasa memasak.
- Mengekalkan rasa asli dan kesegaran makanan.
• Bakar
- Rendah kalori kerana tidak menggunakan banyak minyak.
- Sentiasa balikkan makanan bagi memastikan ianya masa dengan sekata
• Mereneh (sup)
- Buang lemak pada daging sebelum memasak atau buang lapisan lemak yang timbul di permukaan sup.
- Tambah sayur-sayuran untuk menjadikan 1 hidangan yang lengkap dan berkhasiat.
• Menumis
- Mengurangkan kehilang nutrien terutama Vitamin B dan C kerana masa memasak yang singkat.
- Rendah kalori kerana penggunaan minyak yang minima
- Sesuai untuk memasak sayur-sayuran
• Memanggang
- Antara kaedah masakan yang sihat kerana kurang menggunakan minyak
- Paling sesuai untuk memasak daging, ayam dan ikan.
- Menaikkan aroma masakan disamping itu jusnya dapat dikekalkan.
Selain itu, Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak juga digalakkan bagi meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi lebih sihat.
TIPS UNTUK MEMILIH PRODUK KRIM YANG SESUAI
Jeragat adalah salah satu tanda-tanda penuaan pada kulit yang sering menjadi menjadi kebimbangan, terutamanya di kalangan wanita.
Walaupun jeragat sebahagian daripada proses penuaan yang semulajadi, tapi masih boleh dihilangkan dengan produk krim yang sesuai.
Bagaimana anda nak memilih produk krim hilangkan jeragat terbaik dan selamat? Mari kita lihat beberapa faktor yang perlu diambil kira.
1. JENIS KULIT
Sebelum memilih produk, wajiblah kita mengetahui dahulu jenis kulit kita.
Sama ada kulit kita jenis yang berminyak atau pon kering.
Ini kerana, setiap jenis kulit memerlukan jenis produk dan keperluan yang berbeza.
Jika kulit kita jenis berminyak, seeloknya pilihlah produk yang bersifat ringan supaya ianya tidak menyumbat liang pori kulit kita.
Tapi seandainya kulit kita jenis yang selalu kering, pilihlah produk yang mengandungi pelembab sebagai bahan utama
2. KANDUNGAN
Terdapat pelbagai produk timbang kilo sekarang ni. Jadi utamakan setiap kali nak memilih produk tu, bacalah lebel dia terlebih dahulu. .
Supaya kita tak memilih produk yang tinggi merkuri dan tidak membahayakan kulit kita
Terdapat beberapa bahan yang dapat membantu dalam menghilangkan jeragat seperti retinol, asid salisilik, vitamin C dan lain-lain.
Setelah memilih krim yang bersesuaian, gunakanya secara teratur untuk hasil yang lebih berkesan dan cepat.
3. BAJET
Pastikan memilih produk yang bersesuaian dengan bajet setiap bulan.
Supaya tak membebankan kewangan kita dan dapat menyediakan stok tanpa gagal setiap bulan.
Comments
Post a Comment