BELUM CUBA, BELUM TAHU
Assalamualaikum hai hampa, entry kali ni insyaAllah fizah nak cerita tentang testimoni Shaklee yang fizah sendiri nikmati selepas 3 tahun lebih menjadi pengguna Shaklee.
Sebenarnya fizah taktau nak pilih hat mana satu testimoni sebab terlampau banyak sangat manfaat yang fizah serta keluarga fizah dapat lepas amalkan Shaklee ni.
Diantara manfaat yang fizah dapat sepanjang guna Shaklee ni ialah:
OSTENUTRIX
- Sembelit
- Sakit badan/ krem
- Susah tidur
VITAMIN C
- Kuatkan imun.
- Kurang demam / selsema
HERBLAX
- Turunkan berat badan
- Bantu kempiskn perut
HERBAL BLEND
- Hilangkan ruam lampin dan ruam susu
- Mengurangkan kegatalan.
Sebenarnya banyak lagilah manfaat fizah dapat daripada suplement Shaklee ni. Kalau nak listkan memang sampai ke sudah tak habis hampa nak baca sat lagi🤭🤭🤭
Tapi harini fizah nak cerita kebih detail tentsng fizah dan jugak Esp, Jom baca👇👇👇
ESP (mix soy protein isolate powder with vanilla flavor)
Sebenarnya fizah ambil Esp ni untuk kurus sahaja. Kebiasaannya apabila fizah minum pada waktu pagi, memang terasa perut agak kejap/kenyang berbanding sebelum ni.
Memang dari kecik-kecik lagi fizah suka skip makan sarapan. Tipikal budak-budak pikir nanti kalau aku makan, aku akan melabor.
Kadang sibuk dengan aktiviti harian. Kalau dulu kalot nak masuk sekolah. Malaslah nak pi toilet kan. Tak sempat nanti. Sebab itulah fizah suka sangat skip ambik sarapan.
Kalau dulu tak apalah metabolisma tinggi, tak nye gemok-gemok kalau sekali hadap berpinggan pon tapi sekarang jangan buat main.
Berat kaki nak menganggung berat badan nanti kang🤭.
Balik semula cerita tentang Esp dan kulit cantik ni. Sebelum ni fizah tak perasan pon kulit makin elok.
Lepas tengok ada yang share testimoni dia sendiri di dalam group, tapak kaki dah tak merekah. Ha time tulah baru fizah tergerak hati nak pegang kaki.
Eh eh iyalah dah tak merekah dah kaki. Kalau tidak dulu seminggu sekali nak kena sapu losyen. (Orang terlajak rajin nak sapu losyen hari-hari😅)
Lepastu mulalah pegang sana sini eh samalah, kulit dah tak mengerutu. Dah makin licin.
Btw dalam Esp ni ada salah satu bahan yang bagi kulit kita cantik. Nama dia niacinamide.
Sebab tu jangan heran kalau tertiba kulit hampa makin cantik, segak dan lawa😍😍
Bukan tu sahaja hampa oi, anak ke 4 ni fizah start kenai Shaklee kan. Sebelum ni mana pernah kenai.
Fizah adalah salah seorang dari mereka yang anti kepada suplement 🤣🤣 ceh dok rasa diri kebal sangat. Tak perlu pon makan makanan tambahan ni.
Puas paksa hampa oi 3 tahun lepas punya nak try. Nak-nak hat jenis pil pil tu. Lagi seksa sampai luka rengkung. Lani releks aja telan semua makanan tambahan harian fizah tu.
Dulu bukan apa, fizah dok rasa tak perlu pon makan sebab fizah boleh cukupkan nutritisi dengan makan makanan sebenar.
Tapi dak hampa, fizah akui fizah tak mampu nak ambik semua nutrisi yang badan fizah perlu. Sebab tu fizah rajin demam, selsema kebas tangan, sakit pinggang dan macam-macam lagilah.
Dalam setahun macam tu, fizah cakap dekat diri. Isk kalau aku mengandung lagi, nak sangat ambik suplement Shaklee ni saja.
Sebab ubat yang Klinik Desa bagi memang agak sukar untuk fizah telan. Kalau boleh telan pon. Tak lama lepas tu mesti keluar balik.
tahun lepas fizah mengandung anak ke4. Memang terasa kelainan bila consume Esp .Alhamdulillah susu meriah walaupon baru lepas bersalin.
Kalau tidak dulu-dulu punya cerita, wajib pi jgurut dulu baru susu nak ada. Urut pon kemain haa mak bidan urut. Sakitnya tu macam nak teriak.
Tapi lepas amalkan Shaklee ni memang mudah susu ada. Kadang kalau rasa macam susu tak banyak ja kan.
Bancuh saja Esp untuk minum. memang tak payah tunggu lama. Nanti dia banyak balik susu tu sampailah sekarang ni anak fizah dah umur 9 bulan.
Semoga dipermudahkan urusan fizah untuk capai target susukan anak fizah ni selama 2 tahun dengan susu ibu dan begitu jugak hamla di luar sana yang tengah ataupon akan menyusu anak hampa, fizah doakan hampa pon mampu susukan anak-anak hampa dengan susu hampa sendiri sampailah 2 tahun.
Antara lain yang Esp ni bantu fizah masa menyusu ialah:
• Esp bukan sahaja membantu memperbanyakkan susu ibu malahan ia jugak membekalkan nutrisi untuk tumbesaran si manja kita.
• Esp jugak membantu menbina otot kita supaya tidak menggelebeh dan jugak untuk kesihatan kuku serta rambut yang sihat buat si ibu dan jugak anak kita.
• Dan Esp jugak memberikan tenaga pada si ibu serta membantu dalam penghasilan sel-sel kulit yang sihat untuk si manja.
Dua combo ni merupakan Set milk booster. Jom tengok apa manfaat mereka untuk ibu yang menyusu
Manfaat Esp untuk Ibu
1. Pekatkan susu badan
2 . Anak cepat kenyang selepas menyusu.
3 . Kulit ibu dan bayi semakin cantik
4 .Berat badan cepat susut dan fit.
5 . Ibu rasa lebih bertenaga.
6. Stretch marks cepat hilang.
7 . Kurang sakit pinggang dan lenguh badan.
Manfaat Alfalfa untuk ibu
1. Berfungsi sebagai milk booster.
2 .Buang angin dalam badan.
3 .Bantu atasi masalah keputihan.
4. Melawaskan dan atasi masalah sembelit.
5 .Sebagai ejen detoks.
6. Bantu turunkan berat badan.
7 .Membantu mengetatkan miss V.
TESTIMONI ESP
Dekat bawah ni fizah ada share testimoni Esp bagi mereka yang ambil Esp.
Chicken pop berkurangan dengan Esp
Kulit lebih cantik
Selamat tinggal kulit breakout
Testimoni fizah sendiri
Susu lebih pekat lepas minum Esp
Susu banyak dan lebih pekat segera lepas minum Esp
Tumit kaki dah tak merekah
Puasa penuh dan bertenaga walaupon menyusu
Sekian sahaja testimoni ikhlas daripada fizah untuk hampa semua.
Kalau rasa ada masalah yang sama macam fizah sebelum jumpa Shaklee ni, mailah rojer-rojer fizah okey.
InsyaAllah fizah boleh bantu hampa cari solusi untuk masalah kurang susu ni dengan Esp.
JANGAN PERCAYA CAKAP FIZAH TAPI PERCAYA CAKAP DIRI SENDIRI. ORDER LEKAIH..
Dan kalau hampa rasa nak tau lagi testimoni lain, kawan fizah pon ada share tentang testimoni dia. Jemput baca okey,👇👇👇
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment