DOSA KECIL DAN DOSA BESAR
Asyik dengan Shaklee sahaja kan, kali ini kita share tazkirah sikit tentang dosa.
Dosa terbahagi kepada dua, iaitu dosa kecil dan dosa besar.
Dosa itu merupakan percakapan/perbuatan yang melanggar hukum-hukum islam.
Dosa besar adalah suatu pelanggaran terhadap perintah dan larangan-Nya.
Dosa besar hanya dapat dihapuskan dengan bertaubat sesungguhnya taubat iaitu taubat nasuha.
Antara dosa besar ialah:
• Menyekutukan Allah
• Melakukan sihir
• Membunuh orang yang diharamakan oleh-Nya tanpa alasan hak
• Memakan riba
• Memakan harta anak yatim
• Lari dari medan lerang kerana takut pada musuh dan
• Menuduh wanita mukmin yang telah bersuami berzina
Manakala dosa kecil ialah dosa yang tidak ditentukan hukumannya ketika di dunia dantidak diberikan peringatan azab yang keras di akhirat.
Dosa kecik ini dapat dihapuskan dengan cara kita perbanyakkan istighfar dan zikir kepada Allah S.w.t yang maha Esa.
Selain itu kita jugak boleh melakukan ibadah wajib dan sunnah, bersedekah serta menunaikan amal kebajikan untuk keampunan dari Allah S.w.t.
Antara contoh dosa-dosa kecil ialah:
• Membazir
• Membuat masa
• Membuang sampah merata-rata
• Melihat perkara yang haram
• Mendengar perkara yang melalaikan
Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita.
Comments
Post a Comment