5 TIPS KURUS DENGAN CEPAT
Kurus itu nikmat. Nikmat bila badan kurus, ringan sikit nak buat kerja pon. Suatu ketika dulu fizah pon pernah jadi COMEL🤭
Muda lagi tapi kejap sakit kaki dan krem kaki. Paling tak best time nak solat jadi terganggu. Pergerakan pun terbatas dan lambat🥺.
Walaupon tak capai lagi berat idaman tapi alhamdulillah dah makin turun dari masa anak 2. Sekarang anak ke4 dah 7 bulan. Masih dalam proses diet lagi💪
Okey tak mau cerita panjang jom tengok apa 5 tips KURUS DENGAN CEPAT dekat bawah ni.🙂
1. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA
Minum air masak secukupnya membuatkan kita kurang mengambil makanan sembarangan. Kadang kala perut kita ni bukannya lapar tapi dahaga.
Bila kita asyik sumbat makanan je dalam mulut, mau tak stress bila tengok penimbang tu😔
Seeloknya minum dahulu air masak segelas. Kerana ianya mengurangkan selera makan kita secara semulajadi.
air kosong ni bergantung pada badan seperti gambar di atas.
1L=25kg
Tapi kalau berat dah lebih 100 kg macam mana? Nak kena minum kira 1L=25kg jugak ke?
Tidak okey. Cuma pastikan warna air urin kita tu biar jernih macam gambar dekat bawah 👇
Warna yang jernih atau keputihan menunjukkan hidrasi badan kita baik tapi jangan pulak berhenti minum air. Terus minum air ikut keperluan untuk elak daripada dehidrasi.
2. SARAPAN PAGI
Tak pasti bagi hampa, tapi fizah dulu cukup susah nak makan pagi. Sebab fizah pikir menyusahkan. Lepas makan mesti sakit perut.
Tapi sebenarnya ianya benda yang baik. Tapi macam renyah. Nak-nak pulak kalau tengah rushing nak pi ofis, ka mana-mana kan.
Tapi sejak fizah belajar ilmu diet ni, baru tak betapa pentingnya untuk kita makan pada waktu pagi.
Sarapan pagi, dan kalori tersebut akan dibakar sebab kita sibuk dengan rutin harian. Orang yang suka skip waktu sarapan ni cenderung untuk midah merasa lapar sepanjang hari.
Ini yang membuat mereka makan lebih banyak dan menjadi gemuk.
3. PERLAHAN-LAHAN KURANGKAN
Perlahan-lahan kurangkan Gula, Garam, dalam pemakanan kita kerana ianya meningkatkan kalori badan kita.
Jika berlebihan mengambil gula boleh menyebabkan obesiti manakala garam pulak boleh menyebabkan penyakit darah tinggi.
4. KIRA KALORI
Kira kalori yang masuk dalam badan kita setiap hari. Adakan diari untuk tulis berapa kita ambik setiap hari.
Bila tulis, senang kita nampak sikit dah berapa banyak kita ambik. Kalau terlebih, esok boleh adjust bagi kurang sikit.
Penting untuk tahu bahawa keperluan kita tak sama. Jangan bandingkan kita makan sikit tapi tak turun banyak tapi kawan kita makan banyak tapi tak naik-naik pon berat.
Banyak faktor yang perlu di ambil kira. Seperti aktiviti sehari dia, tahap metabolismanya dan banyak lagi.
5. SENAMAN
Sebanyak 80% datangnya dari pemakanan dan 20% untuk senaman.
Senaman secara teratur jugak dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.
Buat aktiviti yang kita mampu buat. Bersenam ni tak perlulah tunggu sampai ke padang. Dalam rumah pon boleh buat. Yang pentingnya BUAT.
Kita nak diet bukan untuk sehari dua tapi untuk seumur hidup. Pilihlah diet yang kita boleh enjoy sepanjang perjalanan diet ni.
Bukan diet yang memenatkan. Yang itu tak boleh makan, yang ini tak boleh makan. Lama-lama takut kita yang Stress dan muak.
Hah mulalah kita makan tak ingat dunia lagi dah. Sapa yang susah. Kita jugak.
Mulakan dengan kurangkan sikit-sikit. Dah biasa baru kurangkan lagi. Contoh sebelum ni makan 3 pinggan.
Sekarang cubalah makan 2 pinggan. Next kurangkan jadi 1. Barulah badan kita boleh terima dengan perjalan diet ni
Yang penting ENJOYYYYY😉
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Comments
Post a Comment